mcmc
Laporan Aktiviti

Aktiviti Hari Sarawak

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktiviti Hari Sarawak pada 27 Julai 2024, Sabtu. Aktiviti tersebut telah bermula seawal 08.45 pagi, seramai 27 orang peserta yang terlibat telah mendaftar sebelum Pengurus NADI memberikan ucapan kata alu-aluan. Aktiviti diteruskan dengan Advokasi Klik Dengan Bijak: Etika Penggunaan Internet yang bermula pada jam 09.00 pagi sehingga 09.30 pagi. Aktiviti mewarna kanak-kanak dijalankan pada jam 09.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi, penyampaian hadiah aktiviti mewarna dan sesi bergambar bersama komuniti diadakan pada jam 10.45 pagi sehingga 11.00 pagi. Pada jam 02.30 petang sebuah filem patriotik iaitu filem Kanang Anak Langkau The Iban Warrior telah disiarkan di NADI. Aktiviti Hari Sarawak di NADI Kampung Tellian Ulu telah berakhir pada jam 04.30 petang.

TUJUAN

Antara objektif utama Aktiviti Hari Sarawak ini diadakan ialah untuk menyemai nilai patriotisme dalam kalangan rakyat Sarawak dan dapat meningkatkan pentingnya nilai cinta kepada negeri serta aktiviti tersebut juga dapat mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di Sarawak dan dapat mendorong kerjasama dan harmoni dalam kalangan komuniti di sekitar Kampung Tellian. Pendedahan terhadap Etika Penggunaan Internet juga dapat memastikan komuniti yang terlibat untuk mengamalkan etika yang sepatutnya ketika pembelajaran atas talian dan diri dihindari daripada perbuatan yang dilarang.