AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Aktiviti Mewarna dan Kuiz sempena dengan sambutan Hari Sarawak pada 21 Julai 2023. Aktiviti pada hari tersebut telah dimulai dengan Advokasi Klik dengan Bijak oleh petugas PEDi. Setelah Advokasi klik Dengan Bijak selesai program pada hari tersebut disambung dengan aktiviti mewarna dan kuiz. Seterusnya sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar bersama peserta terlibat pada penghujung program.
TUJUAN
Objektif program “Aktiviti Mewarna dan Kuiz” diadakan sempena dengan hari Sarawak 22 Julai ialah bukan sahaja untuk memperingati tarikh-tarikh bersejarah tanah air malah bertujuan untuk menyemai semangat kekitaan, semangat kecintaan dan patriotik terhadap tanah air, bangsa dan negara.