AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktiviti NADI Bersama Tabika Perpaduan Mukah Matahari pada 08 November 2024, Jumaat bermula pada jam 08.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Antara perisian aktiviti pada hari tersebut ialah Sesi Kenali NADI dan Sesi NADI Kesedaran: Child Grooming. Seterusnya, aktiviti mewarna kanak-kanak, aktiviti mengeja ABC dan aktiviti jigsaw puzzle juga turut diadakan secara digital.
TUJUAN
Aktiviti NADI Bersama Tabika Perpaduan Mukah Matahari bertujuan untuk memperkenalkan konsep NADI dan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu Child Grooming melalui sesi interaktif. Aktiviti ini juga bertujuan untuk merangsang kreativiti kanak-kanak melalui pertandingan mewarna digital kanak-kanak serta meningkatkan kemahiran literasi awal dengan sesi belajar mengeja ABC menggunakan tablet NADI. Disampng itu, aktiviti Jigsaw Puzzle diadakan untuk membina kemahiran berfikir kritis dan memperkukuhkan interaksi sosial di kalangan pelajar Tabika Perpaduan Mukah Matahari.