
AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Aktiviti Pendidikan Berkumpulan pada 29 November 2024, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Aktiviti pendidikan berkumpulan seperti mind mapping dan permainan escape room bertujuan meningkatkan kemahiran berfikir kritis, kreativiti, dan kerjasama. Mind mapping membantu peserta mengorganisir idea secara visual, manakala permainan escape room merangsang penyelesaian masalah dalam suasana menyeronokkan. Kedua-dua aktiviti ini menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.