mcmc
Laporan Aktiviti

Aktiviti Pendidikan Berkumpulan: Permainan Tradisional Secara Digital

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktiviti Pendidikan Berkumpulan: Permainan Tradisional Secara Digital pada 30 Ogos 2024, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 05.00 petang. 

TUJUAN

Antara tujuan utama Aktiviti Pendidikan Berkumpulan: Permainan Tradisional Secara Digital diadakan ialah untuk menguji dan menilai tahap minda komuniti melalui pelbagai aktiviti diadakan. Ini termasuk untuk membantu dalam memahami kemampuan kognitif dan kreativiti peserta. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sosial di kalangan peserta, baik kanak-kanak mahupun dewasa. Interaksi dalam kumpulan dapat memperkukuhkan hubungan sosial dan kerjasama dalam anggota komuniti. Dengan mengadaptasikan permainan tradisional ke dalam format digital, aktiviti ini bertujuan untuk mempromosi dan mempelihara warisan budaya sambil menarik minat generasi muda terhadap permainan tradisional.