
AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Aktiviti STEM (Online): Bridge Designer pada 14 Febuari 2025, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Aktiviti STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) seperti Bridge Building Competition bertujuan memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar kelas dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Aktiviti ini meningkatkan kemahiran praktikal dan kreativiti pelajar dalam penghasilan projek binaan serta memupuk minat dalam mata pelajaran STEM. Selain itu, ia mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik konsep binaan.