AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Aktiviti STEM: Gunung Berapi Mini pada 17 Ogos 2024, Sabtu bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Antara tujuan utama Aktiviti STEM: Gunung Berapi Mini ini diadakan ialah untuk mempelajari tentang proses geologi yang terlibat dalam letusan gunung berapi. Ini termasuk mengenali jenis-jenis gunung berapi, bahan yang terlibat dalam letusan, dan kesan letusan terhadap alam sekitar. Aktiviti ini diadakan juga bertujuan untuk merancang dan melaksanakan prosedur eksperimen serta menganalisis hasilnya, ini membantu mereka mengembangkan kemahiran kritikal dalam penyelesaian masalah dan pemikiran analitikal.