AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah megadakan Aktiviti STEM: Pemasangan Kereta dan Helikopter Mainan pada 30 Mac 2024, Sabtu bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang. Aktiviti pada hari tersebut telah dimulakan dengan penerangan berkaitan dengan tujuan STEM diadakan dan fungsi setiap komponen yang ada pada kereta dan helikopter tersebut. Aktiviti memasang kereta dan helikopter mainan juga turut diadakan bagi menguji minda komuniti yang terlibat dengan aktiviti tersebut.
TUJUAN
Antara objektif utama Aktiviti STEM ini diadakan ialah untuk menguji kerjasama diantara komuniti dan dapat melahirkan generasi muda yang memiliki intelektual tinggi dalam bidang sains dan teknologi.