![]()
Program Baazar Raya NADI 2026 ![]()
![]()
Alhamdulillah, pada 14 Mac 2026, Sabtu – Program Baazar Raya NADI 2026 yang telah diadakan di NADI Kampung Tellian Ulu berjaya menarik lebih 100 orang pengunjung dengan penuh meriah! ![]()
Sebanyak 26 penyertaan aktiviti telah berlangsung termasuk:
• Aktiviti Mewarna Raya ![]()
• Saringan Kesihatan ![]()
• Kelas Kidventure ![]()
![]()
• NADI Prenuer & Empowher ![]()
• Aktiviti NADI E-Sukan ![]()
Selain itu, pengunjung turut menikmati pelbagai jualan seperti:
Jualan Agro Sarawakku Sayang oleh FAMA Mukah
Jualan bundle
Kacang & biskut raya
Kuih-muih tradisi
Jualan goreng & minuman
Program ini juga diserikan dengan penyertaan 5 usahawan tempatan yang memeriahkan suasana dengan produk masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini — dari peserta, pengunjung, usahawan hingga sukarelawan yang bersama-sama memastikan kelancaran acara.
Untuk makluman, pada hari yang sama program ini turut dijalankan serentak di 1099 buah NADI seluruh Malaysia, menjadikan Baazar Raya NADI 2026 sebagai satu gerakan komuniti yang benar-benar besar dan bermakna!
