AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan [BRIEFING] – Tiny Techies Competition pada 25 Julai 2025, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Objektif briefing ini adalah untuk menyampaikan maklumat terperinci kepada ibu bapa peserta Wakil Nadi Kampung Tellian Ulu kategori sekolah menengah mengenai pertandingan Tiny Techies yang dijadualkan pada September 2025. Ia bertujuan memastikan pemahaman jelas tentang peranan serta sokongan yang diperlukan daripada ibu bapa demi memupuk semangat jati diri dan mempersiapkan peserta secara menyeluruh bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan tersebut.
