mcmc
Laporan Aktiviti

E-Kelas: Sejarah

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan E-Kelas: Sejarah pada 06 Oktober 2024, Ahad bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.

TUJUAN

Antara tujuan utama E-Kelas: Sejarah ini diadakan ialah untuk membantu pelajar mengakses sumber digital dokumen, video dan bahan interaktif, memberi maklumat yang lebih luas dan mendalam. E-Kelas juga mendorong pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan sumber yang boleh diakses secara berterusan serta membolehkan pelajar meneroka minat mereka di luar silibus. Disamping itu, ia juga dapat mengatasi kekurangan bahan fizikal dan batasan waktu sekaligus dapat menjadikan pembelajaran sejarah lebih dinamik dan relevan.