mcmc
Laporan Aktiviti

E-Learning: Matematik

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah megadakan kelas E-Learning: Matematik pada 06 September 2024, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.

TUJUAN

Antara tujuan utama kelas E-Learning: Matematik ini diadakan ialah untuk membantu pelajar memahami konsep-konsep asas dan lanjutan subjek Matematik melalui pendekatan digital yang interaktif dan menarik. Selain itu, pelaksanaan kelas ini juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan teknik penyelesaian masalah yang kreatif dan kritis dalam konteks soalan matematik serta untuk melatih pelajar untuk meningkatkan kemahiran pengiraan dan logik mereka dengan latihan berterusan dan aktiviti yang mencabar.