AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan kelas E-Learning; Sains pada 20 September 2024, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Antara tujuan utama Kelas E-Learning: Sains ini diadakan ialah untuk memupuk penglibatan aktif pelajar melalui interaksi dalam talian, kuiz dan aktiviti kolobratif yang membantu mereka memahami dan mengaplikasikan konsep sains dengan lebih baik. Melalui kuiz dan penilaian dalam talian, guru dapat memberikan umpan balik segera kepada pelajar, membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pemahaman mereka tentang subjek sains. Aktiviti dalam kelas E-Learning seringkali direka untuk mendorong mereka untuk berfikir lebih kritis dan menyelesaikan masalah yang merupakan kemahiran penting dalam bidang sains.