AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan kelas E-Learning: Sejarah – Zaman Pra Sejarah pada 02 Ogos 2024, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Antara tujuan utama kelas E-Learning Sejarah – Zaman Pra Sejarah ini diadakan ialah untuk membuat sesi ulangkaji bersama pelajar berkaitan dengan definisi zaman pra sejarah dan 4 fasa zaman wujud semasa zaman pra sejarah. Sesi quizziz juga diadakan bertujuan bagi menilai tahap kefahaman pelajar terhadap pembelajaran pada hari tersebut.