AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan kelas E-Learning: Times Table Revision pada 10 Ogos 2024, Sabtu bermula pada jam 02.30 petang sehingga 03.30 petang.
TUJUAN
Antara objektif utama kelas E-Learning: Times Table Revision ini diadakan ialah untuk meningkatkan motivasi, pemahaman, penguasaan kemahiran sifir serta merealisasikan amalan terbaik dalam pendidikan abad ke-21. Pendekatan yang menyeronokkan, interaktif dan berpusatkan pelajar perlu diutamakan untuk mencapai matlamat tersebut.