mcmc
Laporan Aktiviti

FUTURE SKILLS FOR ALL (FS4A) : TINY TECHIES

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Future Skills For All: Tiny Techies pada 25 Mei 2025, Ahad bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

TUJUAN

Objektif Tiny Techies adalah untuk memperkenalkan pelajar sekolah kepada asas teknologi dan kemahiran digital secara menyeronokkan. Program ini bertujuan membina kreativiti, pemikiran kritis, dan kemahiran menyelesaikan masalah melalui aktiviti berkaitan robotik, pengaturcaraan, dan teknologi terkini. Dengan pendekatan praktikal, Tiny Techies membantu pelajar membina keyakinan dalam penggunaan teknologi serta mempersiapkan mereka menghadapi cabaran masa depan dalam dunia digital yang pesat berkembang.