AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Aktiviti Jom Tonton Filem dan Kuiz Kemerdekaan pada 29 Ogos 2023, Selasa. Peserta yang telah terlibat dalam menjayakan aktiviti tersebut ialah daripada golongan kanak-kanak dan dewasa. Antara aktiviti pada hari tersebut ialah menonton filem PASKAL, kuiz berkaitan dengan kemerdekaan dan filem yang ditonton. Peserta juga telah mengikuti aktiviti mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang.
TUJUAN
Objektif utama Aktiviti Jom Tonton Filem dan Kuiz Kemerdekaan ini diadakan ialah bagi menyemai semangat patriotik di kalangan komuniti Kampung Tellian serta mengisi masa lapang pelajar sekolah yang sedang bercuti semester.