mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Kawasan Perlancongan & Bersejarah

lamin-dana

 

Lamin Dana terletak di Kampung Telian. Tempat menarik di Mukah ini mempamerkan seni tradisional, kraf dan makanan Melanau asli. Lamin Dana yang bermaksud rumah tradisional dalam bahasa Melanau kuno telah menjadi tumpuan di mana ia mempamerkan segala-galanya yang berkaitan warisan, sejarah dan budaya suku Melanau purba.

Ia juga adalah rumah tumpangan pengunjung dan pusat kebudayaan. Banyak aktiviti berfaedah dijalankan seperti melatih orang-orang tempatan dalam seni dan kraf tradisional untuk menyediakan pendapatan tambahan kepada berpuluh-puluh keluarga di kampung.

Lamin Dana dibina dengan gaya rumah tradisional Melanau tinggi hanya menggunakan bahan asli. Tempat menarik di Mukah ini juga menyediakan makanan asli Melanau dan menawarkan aktiviti seperti menaiki bot, melawat bakau dan menyewa basikal untuk bersiar siar. 

 

 

Sapan-Puloh-Museum

 

Sapan Puloh Muzium Melanau merupakan muzium yang mempamerkan simpanan barangan lama khazanah masyarakat Melanau dan selalu menjadi tarikan pengunjung di Mukah. Antara tarikan utama pengunjung di tempat menarik di Mukah ini adalah kelengkapan istiadat perkhawinan, barangan untuk majlis dan pelbagai artifak perubatan yang digunakan oleh mereka sejak dahulu kala.

Muzium mini ini sebenarnya diasaskan oleh seorang lelaki bernama Tommy Black Mark di mana segala barangan yang dipamerkan disini adalah milik warisan keluarganya turun temurun.

 

 

 

pantai-kala-lama-mukah

 

Pantai kala dana, merupakan pantai yang selalu menjadi tumpuan para pengunjung. pelbagai aktiviti hujung minggu seperti gerai dan permainan layang-layang permainan tibow dan lain. Pantai kala dana juga merupakan pusat utama untuk perayaan kaul iaitu perayaan besar bagi masyarakat melanau yang di adakan pada setiap hujung bulan march. 

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati hasil lukisan mural yang menarik sepanjang 331.1 meter dan juga di kerusi duduk di pantai tersebut.