AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu mengadakan Advokasi Klik Dengan Bijak; Berita Palsu pada 23 Jun 2023. Petugas telah memberi pendedahan berkaitan dengan Berita Palsu kepada komuniti Kampung Tellian. Di penghujung kelas, peserta telah diberikan satu permainan yang berkaitan dengan tajuk iaitu “Berita Palsu” bertujuan untuk menguji minda peserta yang terlibat.
TUJUAN
Advokasi Klik Dengan Bijak kali ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta berkaitan dengan penggunaan internet dapat membawa kebaikan dan keburukan bergantung kepada individu yang menggunakannya. Namun, sejak kebelakangan ini terlalu ramai rakyat Malaysia menyalahgunakan internet sehingga membawa keburukan kepada pengguna. Antara keburukan yang sering terjadi ialah penyebaran “Berita Palsu”. Petugas telah menerangkan kepada peserta yang terlibat berkaitan dengan platform yang sering digunakan untuk menyebarkan berita palsu. Selain itu, peserta telah diberi pendedahan berkaitan dengan jenis-jenis maklumat palsu dan kemudaratan berita palsu. Petugas juga telah mendedahkan kepada para peserta untuk menilai sendiri maklumat yang telah disampaikan dan akta-akta berkaitan dengan “Berita Palsu”.