mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Asas Menaip Ogos II

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Asas Menaip Ogos pada 13 Ogos 2024, Selasa bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.

TUJUAN

Antara tujuan utama Kelas Asas Menaip ini diadakan ialah untuk menguji dan meningkatkan kepantasan menaip pelajar menggunakan papan kekunci yang penting dalam dunia digital pada masa kini. Selain itu, kelas menaip dapat menggalakkan pelajar untuk lebih akrab dengan teknologi yang penting dalam era digital dan membantu mereka dalam proses pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik.