Pada 16 Mei 2026 (9 pagi – 4 petang), telah berlangsung Kelas Basic Canva Percuma dengan penyertaan seramai 10 peserta. Kelas ini dianjurkan oleh Encik Wan Kash, Trainer Canva/AI dari Kash Atwork Creative.
Sepanjang sesi, para peserta telah didedahkan dengan:
Pengenalan asas Canva
Cara menghasilkan poster & content media sosial
Teknik penggunaan template, font, elemen & warna
Basic editing dan susunan design
Hands-on design secara praktikal
Pihak NADI Kampung Tellian Ulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Wan Kash kerana sudi menawarkan diri untuk berkongsi ilmu dengan komuniti warga Mukah khususnya warga Kampung Tellian Ulu.
Terima kasih juga kerana sudi menggunakan perkhidmatan NADI, iaitu bilik latihan sebagai ruang perkongsian ilmu dengan komuniti. Semoga kerjasama ini terus memberi manfaat dan membuka peluang pembelajaran kreatif kepada lebih ramai warga kampung pada masa akan datang. ![]()
