AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Kelas Canva: Mencipta Kad Ucapan Sempena Hari Merdeka pada hari Jumaat, 18 Ogos 2023. Peserta yang terlibat dalam menjayakan kelas tersebut ialah dari golongan kanak-kanak dan golongan dewasa. Antara aktiviti pada hari tersebut ialah peserta telah didedahkan berkaitan dengan fungsi-fungsi “Tools” di dalam aplikasi Canva seterusnya peserta juga berpeluang untuk mencuba mencipta sendiri kad ucapan mereka.
TUJUAN
Objektif utama Kelas Canva: Mencipta Kad Ucapan ialah untuk mendedahkan kepada para peserta berkaitan dengan untuk membangkitkan lagi semangat patriotisme dan penyatuan kaum. Selain itu, Hari Merdeka disambut untuk memperingati jasa-jasa pejuang negara yang telah terkorban demi mempertahankan tanah air negara, Malaysia.