mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Canva: Poster Merdeka

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Canva: Poster Merdeka dan Pembentangan Hasil Kerja: Poster Merdeka pada 16 Ogos 2024, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.

TUJUAN

Antara tujuan utama Kelas Canva: Poster Merdeka ini diadakan ialah untuk mendorong pelajar untuk mengekspresi kreativiti mereka melalui reka bentuk poster yang menarik dan bermakna khususnya dalam konteks sambutan Hari Merdeka.  Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mengasah kemahiran pelajar dalam menyampaikan maklumat secara visual di mana mereka perlu merancang elemen-elemen grafik, teks dan warna untuk menyampaikan mesej yang jelas dan berkesan.  Pembentangan Hasil Kerja: Poster Merdeka juga diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar membentangkan hasil kerja mereka di hadapan rakan-rakan yang dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran bercakap di hadapan orang ramai.