mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Capcut: Tema Kemerdekaan

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Capcut: Tema Kemerdekaan pada 24 Ogos 2024, Sabtu bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.30 petang. 

TUJUAN

Antara tujuan utama Kelas Capcut: Tema Kemerdekaan ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran sejarah tentang pemahaman perjuagan kemerdekaan dan sejarah negara serta untuk mengasah bakat kreatif peserta dengan menggunakan capcut. Peserta dapat belajar cara menghasilkan video yang berkaitan dengan tema kemerdekaan yang dapat mencungkil bakat terpendam dalam kalangan peserta.