mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas ICT: Belajar Membuat Laporan

Gambar Di Sini

AKTIVITI

PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas ICT: Belajar Membuat Laporan pada 10 Ogos 2023. Kelas dihadiri oleh golongan kanak-kanak dan penjaga. Petugas telah menerangkan kepada peserta berkaitan dengan pengenalan laporan. Selain itu, petugas telah mendedahkan kepada mereka berkaitan dengan format untuk membuat dan menaip laporan. Peserta juga telah diberi latihan untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka untuk membuat laporan.

TUJUAN

Objektif utama kelas ICT Belajar Membuat Laporan ialah untuk mendedahkan kepada peserta yang terlibat akan pengenalan terhadap penulisan Laporan serta format penulisan laporan. Laporan adalah satu bentuk penyataan yang logikal dan tersusun. Ianya mengandungi bahagian-bahagian seperti tajuk dan subtajuk. Antara sebab laporan ditulis ialah untuk memberi maklumat dan fakta serta untuk membuat rekod akan sesuatu peristiwa.