AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas Ict: Belajar Menaip Menggunakan Microsoft Word pada 28 April 2025, Isnin bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas menaip pelajar dengan membiasakan mereka menggunakan papan kekunci, huruf besar, tanda baca, dan struktur ayat yang betul, serta memperkenalkan asas pemformatan dokumen seperti bold, underline, font color, bullet points, dan numbering dalam Microsoft Word. Melalui kelas ini juga, pelajar dapat membina keyakinan diri dalam menggunakan Microsoft Word secara kendiri dan membentuk asas kukuh untuk pembelajaran kemahiran komputer yang lebih lanjutan seperti menghasilkan laporan, surat rasmi, dan tugasan akademik.