mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas ICT: Canva dan A.I Untuk Rakyat

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas ICT: Canva – Poster Sempena Hari Sarawak dan A.I Untuk Rakyat pada 26 Julai 2024, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.30 petang.

TUJUAN

Antara tujuan utama Kelas ICT: Canva – Poster Sempena Hari Sarawak ialah untuk menggembangkan kemahiran dalam menggunakan Canva untuk membuat poster yang menarik infromatif sempena Hari Sarawak selain dapat menghasilkan poster berkualiti tinggi yang dapat menarik perhatian dan menyampaikan mesej dengan jelas serta dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik sempena Hari Sarawak.  Selain itu, A.I Untuk Rakyat juga telah diadakan untuk memperkenalkan kepada peserta untuk tujuan meningkatkan akses kepada maklumat dan pendidikan.  A.I boleh digunakan untuk menyediakan bahan pembelajaran yang dioptimumkan, membantu dalam pembelajaran jarak jauh, serta menyediakan sumber maklumat yang mudah diakses dan difahami oleh semua lapisan masyarakat.  Ini boleh membantu mengurangkan jurang pendidikan dan memberi peluang yang sama kepada semua individu untuk mencapai potensi penuh mereka.