
AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas ICT: Google Document pada 03 Febuari 2025, Isnin bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Kelas ICT menggunakan Google Document bertujuan meningkatkan kemahiran digital pelajar, menggalakkan kerjasama, dan memupuk kreativiti. Dengan kolaborasi secara real-time, pelajar belajar menggunakan teknologi secara efisien, sambil menyimpan dokumen dengan selamat dalam talian. Ini semua penting untuk membentuk generasi celik ICT yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.