AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas ICT: Membuat Resume pada 07 Jun 2024, Jumaat bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang. Kelas telah dimulakan dengan penerangan berkaitan dengan resume seterusnya komuniti yang terlibat telah menyerlahkan bakat mereka melalui sesi pengucapan awam. Di akhir kelas resume komuniti telah ditayangkan dengan video Video Advokasi Klik Dengan Bijak: Oversharing dan Menyebar Berita Palsu.
TUJUAN
Antara tujuan utama Kelas ICT: Membuat Resume ini diadakan ialah untuk melatih peserta berkaitan dengan penggunaan resume selain dapat mendedahkan berkaitan dengan maklumat-maklumat penting yang perlu ada dalam resume. Melalui sesi pengucapan awam komuniti yang terlibat telah dilatih kaedah untuk memperkenalkan diri.