mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas ICT: Microsoft Excel

Gambar Di Sini

 

AKTIVITI

PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas ICT: Microsoft Excel pada 4hb November 2023, Sabtu. Kelas telah bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 01.00 tengahari. PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah menjemput seorang tenaga pegajar bagi kelas Microsoft Excel iaitu Cik Ling Foong Foong.

TUJUAN

Antara pengisian pada hari tersebut ialah peserta yang terlibat telah didedahkan berkaitan dengan “house rule” Microsoft Excel. Selain itu, peserta yang terlibat juga dapat mengenali Microsoft Excel seperti memahami interface dan istilah penting Microsoft Excel serta pintasan papan kekunci yang lazim digunakan. Peserta juga telah diberi kaedah untuk data entri yang efektif dan cepat seperti memahiami jenis data dan kepentingan menggunakan jenis data yang betul dan cara untuk menghalangkan data entri yang tidak sah serta cara untuk menggunakan flash fill dan autofill untuk memudahkan data entri. Seterusnya, peserta yang terlibat juga dapat memahami formula dan fungsi matematik asa, fungsi DATEDIF dan cara untuk menghasilkan tarikh semasa secara automatik. Akhir sekali, peserta dapat menguasai PivotTable menerusi pembelajaran di dalam Kelas ICT ini.