AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas ICT: Pengenalan Google Drive dan Google Workspace pada 04 November 2024, Isnin bermula pada jam 02.30 petang sehingga 03.30 petang.
TUJUAN
Objektif kelas ini adalah untuk memperkenalkan Google Drive dan Google Workspace kepada komuniti, memfokuskan kepada penggunaan pengkomputeran awan untuk meningkatkan kolaborasi dan produktiviti. Melalui pemahaman yang lebih baik, komuniti dapat memanfaatkan penyimpanan dan perkongsian fail secara efisien, serta berkomunikasi dengan lebih baik dalam persekitaran digital.