mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS KESEDARAN INTERNET SELAMAT – Taklimat Buli Siber & Pembelian dalam Talian

📅 18 Ogos 2025 , Isnin

👨‍🏫 Kelas Kesedaran Kempen Internet Selamat – Taklimat Buli Siber & Pembelian dalam talian

⏰ 3.00 petang – 5.00 petang

Tujuan utama penganjuran Kelas Kesedaran Kempen Internet Selamat ini adalah untuk membentuk generasi celik digital yang mampu mengenal pasti ancaman siber serta mengamalkan etika penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab. Melalui Taklimat Buli Siber yang disasarkan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, peserta akan didedahkan kepada kesan negatif buli dalam talian serta cara melindungi diri daripada menjadi mangsa atau pelaku.

Manakala Taklimat Pembelian Dalam Talian yang ditujukan kepada remaja berumur 13 tahun ke atas bertujuan memperkasakan mereka dengan pengetahuan asas tentang transaksi digital yang selamat, termasuk mengenal pasti penipuan dalam talian dan membuat keputusan pembelian yang bijak. Program ini diharap dapat membina asas kukuh dalam amalan keselamatan siber sejak usia muda, sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa masyarakat.