mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Latihan dan Kuiz: Bahasa Melayu (Kata Ganda)

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Latihan dan Kuiz: Bahasa Melayu (Kata Ganda) pada 31 Mei 2024, Jumaat bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.

TUJUAN

Antara objektif Kelas Latihan dan Kuiz: Bahasa Melayu (Kata Ganda) ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada komuniti berkaitan dengan jenis-jenis kata ganda. Selain itu, komuniti juga dapat memahami, mengenalpasti dan menggunakan kata ganda mengikut konteks yang betul.