AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas Latihan Menaip pada 12 Mei 2023, Jumaat. Seramai 10 orang peserta telah terlibat untuk menjayakan kelas tersebut. Para peserta telah didedahkan berkaitan dengan kaedah menaip dengan betul dan peserta juga telah diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran menaip.
TUJUAN
Objektif Kelas Latihan Menaip ialah untuk meningkatkan lagi kemahiran menaip menggunakan papan kekunci “QWERTY” sekaligus dapat meningkatkan kepantasan menaip. Para peserta juga telah didedahkan dengan asas menaip dengan betul dengan menggunakan kesemua jari untuk menekan “Home Keys” selain itu penerangan berkaitan dengan papan kekunci QWERTY juga telah dikongsi. Seramai 10 orang peserta telah terlibat dengan Kelas Latihan Menaip iaitu terdiri daripada golongan kanak-kanak dan penjaga.