mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS MAHIR JAHIT : SHORT LEARNING – JAHIT TOTE BAG

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan  Kelas Mahir Jahit : Short Learning – Jahit Tote Bag pada 07 Julai 2025,Isnin bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.00 petang.

TUJUAN

Kelas Mahir Jahit – Menjahit Bag Tote bertujuan memberi pendedahan asas dalam kemahiran menjahit melalui aktiviti praktikal yang mudah dan menarik. Ia dapat mengasah kreativiti serta kemahiran tangan peserta, di samping meningkatkan keyakinan diri untuk menghasilkan produk sendiri. Selain itu, kelas ini juga membuka peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan sampingan melalui hasil jahitan seperti beg tote yang boleh dipasarkan.