AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Menaip untuk bulan Februari pada 13 Februari 2024, Selasa bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Antara tujuan utama Kelas Menaip ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada komuniti yang terlibat berkaitan dengan kemahiran menaip dengan betul menggunakan papan kekunci QWERTY. Selain itu, komuniti yang terlibat juga dapat meningkatkan kemahiran menaip sekaligus kepantasan menaip melalui kelas yang diadakan pada setiap petang Selasa tersebut.