AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Kelas Menaip untuk bulan Januari pada 23 Januari 2024, Selasa bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Antara objektif utama Kelas Menaip ini diadakan ialah bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti berkaitan dengan kaedah menaip dengan betul selain dapat memperbaiki kemahiran menaip dan meningkatkan kelajuan menaip komuniti yang terlibat.