AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas Menaip pada 7 dan 8 Jun 2023 (Rabu dan Khamis). Peserta telah didedahkan dengan kaedah menaip dengan betul. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk menyiapkan semua latihan menaip yang telah diberikan untuk meningkatkan kemahiran menaip mereka. Di penghujung kelas menaip semua peserta yang terlibat telah diberi ujian kepantasan menaip untuk melayakkan mereka mendapat sijil kemahiran menaip.
TUJUAN
Objektif utama Kelas Menaip ini adalah untuk mendedahkan kepada para peserta akan kaedah menaip dengan betul menggunakan papan kekunci (Keyboard) QWERTY. Selain beberapa latihan menaip telah diberikan oleh petugas untuk meningkatkan kemahiran menaip dan kepantasan menaip.