AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Kelas Menaip pada bulan Ogos pada setiap hari Selasa bermula pada 1hb sehingga 19 hb Ogos 2023. Kelas menaip minggu pertama telah berlangsung pada 1hb Ogos 2023 yang mana telah melibatkan peserta dari golongan kanak-kanak.
TUJUAN
Pengisian kelas pada hari tersebut ialah bertujuan untuk memperkenalkan kepada peserta berkaitan dengan kaedah menaip dengan betul menggunakan papan kekunci QWERTY. Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan kemahiran menaip dengan pantas. Petugas telah menggunakan https://www.typingtest.com/ sebagai medium pembelajaran untuk kelas menaip.