AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Kelas Menaip pada Selasa, 15 Ogos 2023. Kelas tersebut ialah kelas ketiga untuk bulan Ogos. Peserta telah didedahkan berkaitan dengan kaedah untuk menaip dengan betul menggunakan papan kekunci “QWERTY”.
TUJUAN
Kelas Menaip ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti yang terlibat berkaitan dengan kaedah menaip dengan betul menggunakan papan kekunci “QWERTY”. Selain itu, peserta juga dapat menambahbaik kemahiran menaip dan meningkatkan kemahiran menaip dengan pantas. Petugas telah menggunakan
https://www.typingtest.com/ sebagai medium pembelajaran untuk kelas menaip.