mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas STEM: Bangunan Straw

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas STEM: Bangunan Straw dan Softskills: Pembentangan Secara Berkumpulan pada 19 Julai 2024, Jumaat bermula pada 03.00 petang sehingga 05.00 petang.

TUJUAN

Antara tujuan utama Kelas STEM dan Softskills pembentangan ini diadakan ialah untuk melatih peserta untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta dapat membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada sumber serta untuk melatih komuniti yang berkeupayaan mengolah bahan tempatan atau sekeliling dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.  Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mendorong ahli kumpulan berkerjasama, berkongsi idea, dan menyelesaikan masalah secara kolektif.