
AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas STEM: DIY Paper Cup Helicopter pada 07 Disember 2024, Sabtu bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang.
TUJUAN
Kelas STEM: DIY Paper Cup Helicopter bertujuan untuk membangunkan kemahiran praktikal pelajar dalam sains dan fizik, khususnya mengenai aerodinamik. Aktiviti ini menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif, serta memupuk kerja berpasukan. Selain itu, ia juga meningkatkan minat pelajar dalam bidang STEM dan mengasah kemahiran penyelesaian masalah melalui pengalaman praktikal yang menyeronokkan.