mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas STEM: Magnetic

 

AKTIVITI

NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas STEM: Magnetic pada 17 Mei 2024, Jumaat bermula pada jam 02.30 petang sehingga 05.00 petang.  Aktiviti pada hari tersebut telah dimulakan dengan penerangan berkaitan dengan sifat magnet serta aktiviti soal jawab sebelum aktiviti berkumpulan diadakan.  Komuniti yang terlibat telah dibahagikan di dalam kumpulan untuk sesi perbincangan, setelah sesi perbincangan selesai para peserta diminta untuk membentangkan hasil kerja berkumpulan mereka. Aktiviti pada hari tersebut telah diakhiri dengan sesi tayangan video Advokasi Klik Dengan Bijak ” Love Bombing”.

TUJUAN

Antara objektif utama Kelas STEM: Magnetic ini diadakan ialah untuk meneroka sifat magnet bagi objek yang berbeza serta komuniti juga dapat mempelajari kuasa unik daripada magnet yang dapat menarik ferromagnetic.  Komuniti juga telah didedahkan dengan kutub magnet iaitu kutub selatan dan kutub utara.  Selain itu, komuniti juga dapat mengeluar dan mengulas jawapan melalui aktiviti perbincangan dan pembentangan kumpulan.