AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Ulangkaji dan Latihan Tingkatan 1 pada 18 Jun 2024, Selasa bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bagi matapelajaran Sejarah dan pada 02.30 petang sehingga 04.30 petang bagi matapelajaran Sains.
TUJUAN
Antara tujuan utama Kelas Ulangkaji dan Latihan Tingkatan 1 ini diadakan ialah untuk membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan yang akan datang serta dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan di NADI.