AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Ulangkaji Tingkatan 1 bagi subjek Bahasa Melayu, Asas Sains dan Komputer dan Reka Bentuk dan Teknologi pada 24 Jun 2024, Isnin bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Antara objektif utama Kelas Ulangkaji Tingkatan 1 ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada pelajar tingkatan 1 yang bakal menduduki peperiksaan matapelajaran Bahasa Melayu, Asas Sains dan Komputer serta Reka Bentuk dan Teknologi mengulangkaji pelajaran di NADI sambil dapat memanfaatkan kemudahan di NADI seperti peminjaman tablet. Kelas ini juga turut dikendalikan oleh petugas NADI sendiri.