mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Usahawan: Asas Fotografi Produk

 

AKTIVITI

PEDi Kampung Tellian Ulu, Mukah telah mengadakan Kelas Usahawan: Asas Fotografi Produk pada 04hb Disember 2023, Isnin bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang. 

TUJUAN

Antara objektif utama Kelas Usahawan: Asas Fotoragfi Produk ialah untuk mendedahkan kepada komuniti yang terlibat berkaitan dengan asas fotografi sesebuah produk. Rakan Digital PEDi Balingian, Encik Halleyusafri juga telah berkongsi kaedah yang digunakan untuk mengambil gambar menggunakan telefon pintar masing-masing. Komuniti yang terlibat juga berpeluang untuk mengambil sendiri gambar produk mereka menggunakan telefon pintar dan alat peraga yang telah disediakan.