AKTIVITI
PEDi Kampung Tellian Ulu telah mengadakan Kelas Bulanan Usahawan pada 5hb sehingga 6hb Julai 2023. Kelas yang berlangsung selama dua(2) hari itu telah melibatkan komuniti kampung tellian ulu sebagai peserta. Pada hari pertama kelas usahawan berlangsung peserta telah didedahkan berkaitan dengan cara untuk membuat Email manakala untuk hari kedua untuk kelas bulanan usahawan petugas telah memberi tunjuk ajar berkaitan dengan kaedah penciptaan ayat Copywiriting untuk mengiklankan produk jualan.
TUJUAN
Objektif Kelas Bulanan Usahawan bulan Julai kali ini adalah berkaitan dengan cara membuat akaun email dan kaedah penciptaan ayat copywriting. Pada hari pertama kelas usahawan peserta telah diberi pendedahan berkaitan dengan penciptaan akaun email. Peserta yang terlibat telah diberi peluang untuk mencipta akaun email mereka sendiri. Pada hari kedua petugas menerangkan kepada peserta berkaitan dengan penciptaan ayat copywriting untuk pengiklanan produk. Peserta telah mencuba membuat sendiri ayat copywriting untuk mengiklankan produk jualan mereka.
