mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Usahawan : Kenali Tiktok Shop

AKTIVTI

PEDi Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Usahawan: Kenali Tiktok Shop. Kelas Usahawan ini telah berlangsung pada Selasa, 10 Oktober 2023 bermula pada jam 03.00 petang sehingga 04.00 petang. Antara komuniti yang terlibat untuk menjayakan kelas ini ialah daripada golongan wanita dan suri rumah.

TUJUAN

Objektif utama Kelas Usahawan ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada komuniti yang terlibat akan cara-cara menjual dan membeli produk di aplikasi TikTok Shop. Kelas ini juga bertujuan untuk membuka minda peserta untuk mengambil peluang menambah pendapatan tambahan melalui aplikasi TikTok Shop.