AKTIVITI
NADI Kampung Tellian Ulu Mukah telah mengadakan Kelas Usahawan: Kerta Kerja Perniagaan pada 04 Jun 2024, Selasa bermula pada jam 02.30 petang sehingga 04.30 petang.
TUJUAN
Antara objektif utama Kelas Usahawan ini diadakan ialah untuk mendedahkan fungsi serta kepentingan kertas kerja bagi perniagaan yang mereka jalankan serta dapat memberi peluang kepada mereka untuk melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan lebih terperinci dan teliti. Usahawan terlibat juga telah diberi latihan praktikal untuk membuat kertas kerja perniagaan mengikut idea atau projek perniagaan yang telah mereka jalankan.