USAHAWAN MIKRO BAKERI DAN HADIAH
Nama | : Grace Bt Kupun |
Umur | : 33 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Cik Grace Kupun usahawan Mikro Bakeri dan Penjualan Hadiah di daerah Kampung Tellian Ulu Mukah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Cik Grace merupakan usahawan mikro yang menjual kek dan pastri secara kecil-kecilan di kawasan Mukah. Beliau juga turut terlibat dalam penjualan hadiah seperti bouquet, pembungkusan hamper dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sedar akan kelebihan menggunakan kemudahan PEDi, beliau aktif menyertai setiap aktiviti usahawan yang dianjurkan oleh pihak PEDi Kampung Tellian Ulu bagi menambah lagi ilmu berkaitan usahawan seperti cara-cara menaikkan hasil penjualan melalui platform seperti Facebokk, Shopee dan TikTok. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PEDi Kampung Tellian Ulu, beliau mampu memperluaskan perkhidmatan dan jualan beliau sehingga keluar dari Kampung Tellian Ulu Mukah. Perkhidmatan beliau juga turut digunakan oleh pihak PEDi seperti penyediaanhadiah dan hamper untuk kegunaan aktiviti PEDi Kampung Tellian Ulu.